Tulisan Rencong dan Misterinya

SEJARAH AKSARA (TULISAN) RENCONG

Oleh : Wisnu Aji Dewabrata

    • Aksara Rencong telah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Purba (zaman sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu).

    • Aksara Rencong ialah huruf-huruf Melayu asli yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba dalam sistem penulisan Bahasa Melayu Purba.
     
    • 'Rencong' adalah perkataan Melayu yang bererti 'serong' dan ia dikenali sedemikian kerana huruf-hurufnya yang serong. 
    • Aksara Rencong didapati telah ada lebih awal daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi).
    • Ia juga merupakan tulisan Melayu tertua yang digunakan dalam sistem persuratan bahasa Melayu sejak abad ke-6 masehi iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Srivijaya di Sumatera. 
    • Walau bagaimanapun, tulisan Rencong dipercayai telah pun digunakan sebelum abad ke-3 masehi. 
    • Aksara ini diciptakan oleh orang-orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai. 
    • Tulisan Melayu Purba ini telah dijumpai pada tahun 1892 pada sebatang tiang batu iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera Selatan, Indonesia. 
    • Selain Rencong, aksara Kawi dan Palava (dimana kedua-duanya dari India) juga pernah digunakan dalam persuratan Bahasa Melayu Kuno. 
    • Namun begitu, aksara Rencong merupakan satu-satunya tulisan yang diciptakan oleh orang Melayu tanpa pengaruh dari luar Nusantara atau Alam Melayu. 
    • Dengan menggunakan huruf-huruf Rencong, Kawi dan Palava, orang-orang Melayu Purba dan Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kulit binatang, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan juga pada batu-BR (termasuk batu bersurat).



    • Setelah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu, orang-orang Melayu Klasik mencoba untuk terus menggunakan aksara Rencong (serta Kawi dan Palava) untuk menulis tentang Islam. 
    • Mereka mendapati ketiga-tiganya tidak sesuai kerana tidak mampu untuk merakam bunyi perkataan-perkataan baru dari Al-Quran dan Hadis secara tepat. 
    • Daripada mencipta atau menambah huruf baru pada aksara Rencong, Kawi atau Palava, orang-orang Melayu Klasik telah mengambil keputusan untuk meninggalkan ketiga jenis tulisan tersebut. 
    • Sebaliknya, orang-orang Melayu Klasik mencoba bereksperimen dengan huruf-huruf Arab dalam mengeja bahasa Melayu. 
    • Hasilnya, lahirlah tulisan Jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan dan digunakan dalam sistem persuratan Bahasa Melayu Klasik. 
    • Walau bagaimanapun, aksara Rencong terus digunakan di Minangkabau dan Sumatera Selatan (Bengkulu dan hulu Palembang), terus bertahan hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

    Home :
    http://rejang-lebong.blogspot.com/2009/04/history-of-rencong-script.html

    Info Tambahan :

    Tulisan Rencong yang merupakan tulisan Melayu Kuno dijumpai di Selatan Sumatera (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minagkabau.

    Tiada ulasan: