Penemuan Tapak Megalitik di Sumatera

Perkataan 'megalitik' berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘mega’ dan ‘lithos’. ‘Mega’ membawa maksud besar dan 'lithos' pula bermakna batu. Jadi, megalitik boleh didefinasikan sebagai batu besar yang dibina sebagai struktur atau monumen untuk tujuan tertentu.




Penemuan tapak megalitik telah dilaporkan oleh akhbar Jakarta Post pada 18 Januari 2011. Satu tapak tinggalan sejarah berusia seawal 5000 tahun sebelum Masihi telah ditemui di sebuah ladang kopi, Sumatera Selatan, 10 kilometer dari Pagar Alam. Kawasan ini mungkin merupakan tapak perkuburan penduduk sebuah kerajaan yang wujud sebelum tahun Masihi. Buktinya terdapat sebuah kubur yang mempunyai batu nisan bercorak batik berukuran 50 cm tinggi dan 15 cm lebar yang dipercayai milik seorang raja. Antara batu lain yang ditemui ialah batu berbentuk seorang wanita menunggang gajah bersama dua orang anaknya. Terdapat juga batu berbentuk manusia yang diserang buaya dan ular besar. Lebih kurang 36 bongkah batu megalitik ditemui di kawasan ini yang berkeluasan 150 hingga 300 meter itu.


Tiada ulasan: