Surat Maharaja Sriwijaya


Surat Maharaja Sriwijaya,
kepada Khalifah Umar Abdul Aziz. 

"Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari 1000 raja, 
yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah,
dan kawasan taklukannya adalah 2 sungai,
yang mengairi tanam-tanaman,
wangi-wangian,
pohon pala,
dan kapur wangi,
yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya.

Kepada raja Arab,
yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang 1.
Beta telah menghantar hadiah,
yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan,
dan beta harap agar anda menghantar seseorang,
yang dapat mengajarkan ajaran Islam,
serta menunjukkan undang-undangnya."

(Ibnu Rabbih 860-940 Masihi)
-Srikandi-
Pembela Sejarah Melayu Nusantara.

Sumber : Princess Anis
Bacaan Tambahan :

Tiada ulasan: