Haji Mohammed Salleh @ Nakhoda Intan Pengasas Pulau Pinang

Sejarah Awal Masyarakat Islam di Pulau Pinang dan Masjid Jamik Batu Uban. Demikianlah judul penulisan saya yang julung-julung kalinya diterbitkan pada tahun 1994. Makalah ini ditulis bersama sahabat saya, Zulkifli Khair, bagi mendedahkan fakta sebenar pembukaan Pulau Pinang. Artikel ini dimuatkan dalam Jurnal Penyelidikan Sejarah Islam di Pulau Pinang dengan tajuk Sejarah Islam di Pulau Pinang : Islam dan Masyarakat - Jilid 1. Atas inisiatif Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia, lahirlah buku bagi mengisi ketandusan karya tentang Islam dan masyarakat Islam di Pulau Pinang. 


Alhamdulillah, rencana hasil penulisan bersama ini telah membongkar bukti-bukti kukuh yang menafikan Francis Light sebagai pembuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Sebelum kehadiran Francis Light, sudah ada pekan yang dibuka oleh masyarakat Melayu yang diketuai oleh Haji Mohammed Salleh atau Nakhoda Intan. Hal ini disokong dengan lakaran peta Pulau Pinang oleh Kapten Walter Alves pada tahun 1763. Dalam peta ini ditandakan dengan jelas kawasan pekan yang menjadi petempatan masyarakat Melayu di sekitar Batu Uban. Tambahan pula, kewujudan Masjid Jamik Batu Uban yang diasaskan pada tahun 1734 oleh Haji Mohammed Salleh. Jadi, catatan sejarah sekarang yang meletakkan Francis Light sebagai pengasas dan pembuka Pulau Pinang perlulah diubah.

Artikel ini telah di petik oleh :

1. Abu Talib Ahmad, Japanese Policy Towards Islam in Malaya During the Occupation: A Reassessment dalam Journal of Southeast Asian Studies Volume: 33 , terbitan Cambridge University Press 6 March 2002
2. Dr. Mahani Musa, Pulau Pinang Sebelum 1786 dalam Malaysia dari segi Sejarah (Malaysia in History) terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, 2004.

1 ulasan:

melangkp berkata...

Assalamualaikum.
Saya S.Hajar(SEHA) Hashim.Berasal di K.Pilah.NS.
Moyang sy mempunyai nama yg sama yaitu Nakhoda intan berdasarkan kajian sy mngenai susur galur sy.
Yg mana N.i tlh berkahwin dgn Nyai Arbaiyah d NS.
Sy tdk tahu samada ia sama dgn N.i di Peneng, akn ttp cerita sejarah yg nenek sy sebut jalan ceritanya ada persamaan.
Sy telah kumpulkan susur galur sy didalam FB 6thn lps.
Sy tdk bermaksud utk mengaku N.i di P.Pinang adalah keturunan kami juga. Mohon Maaf.

NAKHODA INTAN + NYAI ARBAIYAH
↓↓↓↓anak2
FATIMAH NAKHODA INTAN
(Mempunyai 6 org anak)
DAN
AHMAD NAKHODA INTAN
(Mempunyai 2 org anak)
T.Kasih